Monday, May 14, 2012

I'm back with tears

Setelah sekian lama aku menghilang dan tak bagi satu post pun, harini aku kembali bersama titisan airmata yang membasahi luka. Dan aku berusaha untuk ingat balik email dan password aku semata-mata aku ingin mencatit sesuatu yang telah berlaku kepada aku. Aku mempunyai seorang insan yang aku sayang iaitu Muhamad Faizal yang lebih dikenali sebagai pejal. Kami sudah 2tahun 6bulan bersama. sebagai seorang perempuan, aku meletakkan kepercayaan dan kesetiaan pada dia. Dan apa yang menyedihkan, semenjak dia berkawan dengan mereka, segalanya berubah. Dia kembali pada zaman sekolahnya dulu. Yang sering memberontak untuk lepak dengan rakannya. Dan disebabkan hal itu, dia sanggup menipu aku. Apa yang lagi menyakitkan, apabila aku mengetahuinya sendiri setelah beberapa minggu perkara itu berlaku. Sepanjang 2tahun dia tak pernah tipu aku. Tapi aku tak tahu kenapa dan apa yang menyebabkan dia berubah sampai macam tu sekali. Aku tak pernah mengongkong hidup dia semenjak kejadian itu. Tapi aku tak sangka setelah kepercayaan telah diberikan, dia memperlakukan aku seperti itu. Hati aku ibarat digores dengan pisau yang tajam. Dan darahnya masih tidak berhenti mengalir. Seribu tahun belum mungkin lukanya hilang. Perkataan untuk memaafkannya juga sukar untuk dikeluarkan. Aku mula berkeras hati. Aku kecewa dengan sikap dia. I'm speechless